Home

Friday, February 6, 2015

Makanan best di Medan Part 1

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya xtau nk letak tajuk apa y best utk entry ni. Hehe. Berbekalkan pngalaman aku bertahun-tahun kat medan ni aku suggestkan beberapa makanan y aku rasa masuk dgn tekak aku. Aku ni bkn jenis memilih mknan pun, semua y ada aku telan. Bersyukur dgn apa y ada. Hehe. Medan ni kaya dengan macam2 jenis mkanan. Mmg byk n sgt bnyak la mknan. Macam2 pilihan. Kat msia pun da byk jual makanan2 Indonesia tp pada aku y aku mkn kat msia dgn Indonesia lain la. Mmg xsama. So klu korang nk makan y sedap, jemputlah dtg Medan ni. Macam promote la plak. Kebanyakan makanan kat sini pedas2. Tipikal org sini suka makan mknan pedas. Family n kawan2 aku y dtg sini biasa xtahan dgn kepedasan makanan2 kat sini. Biasanya dorg akan mngalami cirit lepas mkn -_- . Ni antara makanan y aku rasa best :-

1. Ayam penyet


Gambar ni aku ambik kat google je. Tetibe je berbunyi perut aku tgk gambar ni.

Ayam penyet ni korang wajib try bila dtg Medan. Serius sedap. Sambal dia punya la pedas smpai berpeluh2, keluar hingus siap. Kena pndai pilih kedai gak ada jgk kedai y x best, tp setakbest kedai kat sini, ttp lg best nk banding dgn ayam penyet y jual kat msia. Hrp korang faham la bhasa aku y agak berbelit2 ni. Elemen pntg dlm nasi ayam penyet ni adalah sambal dia. Klu best sambal dia, maka best la ayam penyet tu. Dah mcm hipotesis dah. Kat medan ni klu kedai ayam penyet yang memang korang kna try ayam penyet joko solo, ayam penyet surabaya, ayam penyet mi sop kg, ayam penyet akbary, ayam penyet waroeng nenek, ayam penyet ria dan byk lg la.. Nanti aku akan review tempat2 makan y best plak.

2. Bakso



Bakso ni mcm jgk ngan ayam penyet, bukan ada kat Medan je kat jakarta or mna2 pun ada. Tapi bakso kat sini mmg rasa daging lembu betul n boleh dapatkan dgn harga y murah dan inshaAllah dijamin halal. Kat msia pun ada meatball y betul2 rasa dging lembu tp hrga msti mahal. Sini rm2-3 dah boleh dapat dh. Pada aku bakso kat sini mmg sedap, dgn kuahnya y sgt berempah n tekstur daging lembu y sgt best mmg xcukup la klu makan sikit. Kawan aku kata, aku ni makan apa pun sume ckp best.. huhu.. yela kot. Jadi korang kena cuba sndiri. Kat medan ni bakso y best dekat kedai ads (asli daging sapi) dan mi sop kg (ni nama kedai). Biasanya klu makan mna2 pun ada je bakso, sng la nak dpt pokoknya n kebanyakannya best.

3. Pisang molen



Cute kan nama dia, pisang molen. Hehe. Bukan stakat nama je cute, tuannya pon cute jgk. Nasihat aku klu nak beli jgn beli sikit nti xcukup. Da blk msia nt termimpi2 lak. Setakat ni aku xjmp lg org jual pisang molen kt msia, tp tatau la kot2 ada. Pisang molen ni pisang y dibalut dgn tepung, pastu digoreng. Kecik2 molek gitu. Pisang ni bau mcm biskut raya. Aku rasa mcik tu pakai adonan biskut raya kot utk balut pisang tu. Serius sgt sedap! Korang kena try gak cne2 pon. Wajib. Pisang molen ni biasanya org jual tepi2 jalan je jd aku xleh nk bg nama kedai. Klu korang nmpak ada mcik2 pcik2 tgh mgoreng tepi jln tu korang tny la ada pisang molen ke tak. Sebelah rumah aku ni pun ada. Hari2 aku beli. Murah je. 30sen 4 ketul. Tapi aku confirm2 la xcukup 30 sen. Hehe.

4. Siomay



Siomay ni ada mcm2 jenis. Ada siomay ikan, daging, ayam, udang, ketam. Macam2la.. Siomay ni lebih kurang bakso jgk la bentuknya tp tekstur dia lembut je, xkenyal mcm bakso. Biasa y aku makan y jual2 tepi jalan ni siomay ikan n ayam. Makan dengan kuah kacang, kentang rebus, sayur kubis rebus, telur rebus.. mmg sedapla. Rasa dia pedas2 belemak gitu. Xpedas sgt pun. Korang mkn y jual tepi2 jalan pun da sedap dah. Area dpn universitas sumatera utara (USU) banyak jual siomay ni.. Nanti klu korang terasa nk try cari dpn USU je. Klu korang nak makan siomay ketam jgn la plak ko cari tepi jalan. Confirm2 la xde. Silap haribulan kecik hti pcik tu ingat korang perli dia.

5. Tauhu sumedang sumbat



Nama pun tauhu sumedang mesti lah asal sumedang, tapi kat medan pun ada jual. Tahu ke tauhu eyh. Biasa org indonesia ni sebut tahu, kt msia biasa pggil tauhu. Tauhu sumedang ni rasa dia lain dari tauhu biasa. Rasa dia mcm manis2 belemak sikit. Xtau la btul ke x lidah aku ni tp aku makan mcm tu la rasanya. Kat medan ni byk je jual tauhu sumbat tapi pada aku tauhu sumedang sumbat lg sedap sbb ada rasa lemak2. Biasanya dia sumbat dengan mcm2 jenis sayur cam lobak, kcg pjg, bawang, kubis n lain2. Ada satu kedai tauhu sumedang y famous kat medan ni, kedai tu kat area sun plaza dkt2 dengan money changer valutindo, cara aku ckp mcm korang biasa je dgn area tu..hehe.. xpe, nanti klu korang nk pegi tny je boleh aku bgi detail. Biasanya klu petang2 org balik kerja beratur org beli kat situ. Skg aku xtau lagi la beratur ke x sbb dah lama dah xpegi. Dah lama pn bru bpe bulan je. Mana la tau kot2 da xlaku dh ke. Biasanya klu beli tauhu goreng atau pn apa saja y bgoreng kat sini dia akan bg cili padi. Org sini biasa makan dgn cili padi. Mmg diaorg ni ketagih dgn pedas dah aku rasa.

Ni antara makanan y best n sedap kat tekak aku. Byk lg makanan y aku nak cite Insha Allah. Harap2 entry ni boleh bg idea kat korang nk makan apa bila dtg Medan nt. ^_^ .



No comments:

Post a Comment