Assalamualaikum...
Bicara ini demi Allah..
"Bukan mudah untukku berbicara. Pasti ada y terluka, meski bicaraku ini bukan untuk menunding sesiapa. Namun demi ummah aku pedulikan kata nista. Demi agama aku redah lautan gelora. Kerana aku yakin, dia akan mengadili ku disana. "
- YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat -
Malam jumaat y mulia pada 12 Februari 2015 ditemani tenangnya tiupan angin malam , rohmu telah dijemput sang Pencipta. Tenanglah dikau disana wahai kekasih Allah. Kita dibumi meratapi pemergiaannya, mereka dilangit bergembira menyambut kehadirannya.
Maafkan kami jauh diperantauan tidak dpt pulang melihat tenangnya jasadmu buat kali terakhir.. Masih segar kata-kata nasihatmu di minda kami.. Kami masih terlalu dahagakan curahan ilmu darimu duhai ayahanda.
Jalan tarbiyyah y kau pilih, jalan dakwah y kau tempuhi tidaklah semudah meneguk secangkir air, tidaklah seindah pelangi pagi, tidak juga setenang air dikali tapi nyalaan jihad dlm jiwamu membenarkan kentalnya perjuangan imanmu.
Mereka y berjihad dijalan Allah.. hatinya tidak akan layu, jiwanya tidak akan lesu, lahirnya tidak akan mudah patah , zahirnya tidak akan bisu.. kerana jalan tarbiyah yang engkau lalui adalah ketaatan demi mencari redha Ilalhi..
Senyumanmu akan sentiasa kami rindukan wahai murabbi ummah.. Disebalik senyuman y terukir, tersimpan beribu duka y kau gagahi.. Beribu cacian, berjuta tohmahan dikau biarkan berlalu dengan keampunan.. Sungguh rugi duhai hati-hati yang bersangka buruk dan melontarkan fitnah pada jiwa semulia ini. Ketahuilah ayahanda kami sentiasa mengampuni dosa mereka y menyakitinya. Betapa besar jiwamu duhai jundullah.. Lain yang engkau tuturkan, lain yang mereka hebahkan.. Sungguh besar fitnah dunia. Berehatlah dengan tenang duhai ayahanda, semoga kerinduanmu pada sang kholik sudah terubat..
Duhai pemburu syahid, dibelakangmu tertegak syariat cinta pada Tuhanmu.. Biarpun dugaan silih berganti, takkan senang bagimu dihanyutkan arus duniawi.. Buruanmu hanya ukhrawi kelak. Senyumanmu sentiasa hadir dikala suka dan duka.. Allah kuatkan jiwa suci ini dihadapan manusia, walaupun malammu senantiasa berlutut lemah di sisi sang Pencipta.. sujudmu ditemani linang air mata.. harimu tidak akan sempurna tanpa solat tahajjud.. sungguh mulia dirimu disisi Allah.
Sungguh tenang menatap wajahmu wahai kekasih Allah.. Inilah insan yang sering dihina oleh manusia yang kelam hatinya. Meskipun dihina ayahanda kami tetap membela nasib kami rakyat kelantan dan umat islam. Dialah wajah perjuangan islam dan pejuang hak rakyat kelantan khasnya. Dialah pejuang islam, penegak sunnatullah dan kalamullah. Wahai pejuang islam, wahai pemburu cinta Ilahi.. sarang hatimu hanya buat Rabbul Izzati.. indahnya akhlakmu akan kami jadikan panutan dan pasti akan kami dongengkan buat generasi akan datang..
Kerana cinta Ilahi.. kerana ketaatan pada Rasulullah saw.. kerana keteguhan pada sunnatullah.. kerana keyakinan pada al Quranul karim.. kerana ketaqwaan kepada Allah.. dirimu memilih jalan perjuangan yang penuh ranjau berduri. Sungguh hati ini kagum melihat keteguhanmu, menginfaqkan diri untuk memperjuangkan islam di jalan Allah.. Terdetik kerinduan di hati kecil ini pada sosok tuamu..
Pergimu diiringi tangisan hamba manusia, bukan kerana diri ini tidak redha tapi kami terlalu takut ditinggalkan tanpa bimbingan..kami takut dimamah dunia y penuh fitnah ini. Sungguh terlalu berat ha
ti ini merelakan pemergianmu.. Tapi kami berjanji akan meneruskan perjuanganmu menegakkan Islam di bumi Allah ini. Hayat hidupmu kau curahkan demi mengajarkan kami kebenaran islam, keindahan kalamullah. Lisanmu kau tuturkan ilmu dan kata-kata nasihat kerana kecintaanmu pada kami. Maafkan kami duhai ayahanda, kadang kami leka, kadang kami lupa, sering juga kami lalai menanggapi kata nasihatmu akan tetapi jauh disudut hati kami, kami terlalu sayangkan ayahanda. Siapalah kami tanpa tarbiyyah dan bimbinganmu. Terima kasih ya Allah atas anugerah y tlalu indah ini. Terima kasih atas pinjaman dari firdausi buat kami rakyat kelantan.Syukurnya hati ini tidak trkata mnjadi insan terpilih lahir di negeri penuh barakah ini. Tenanglah rohmu di sana..
Lahirnya ulama membawa rahmat. Tanggal 12 februari 2015 perginya seorang ulama terkemuka dunia, perginya dibawa bersama
ilmunya. Dia dikurniakan syahid tatkala di usia senja. Datangnya dinanti
penduduk bumi, perginya ditunggu-tunggu penduduk langit. Terlalu besar jasanya
pada ummah ini. Dia adalah seorang ulama yang 'alim Rabbani. Semoga Allah
merahmati dan mengampuni ayahanda YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
seorang ulama berjiwa pejuang.
Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah
dan berdoa agar kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam
yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah... Moga Allah merahmati dan
memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada almarhum ayahanda tuan guru.
Sungguh indah perancangan Allah buat tuan guru,
hidupnya sebagai ulama matinya pula
sebagai syuhada, bagaimana pula dengan hidup dan mati kita? Selamat jalan duhai murabbi ummah, sungguh kami menyayangimu tetapi Allah lebih mencintai dirimu.. Syurga buatmu duhai imam mujtahid.. Insha Allah taala..
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"